1.
|
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang. |
2.
|
Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo di Malaysia adalah dilarang. |
3.
|
Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus. |
4.
|
Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk. |
5.
|
Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam web portal dan blog Pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo di Malaysia mestilah mendapat kelulusan Ketua Pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo di Malaysia. |
6.
|
Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke web portal Pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo di Malaysia atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo di Malaysia. |
7.
|
Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam web portal dan blog Pejabat perwakilan Rossotrudnichestvo di Malaysia adalah dilarang. |