Universiti Perubatan Kebangsaan Kursk

Universiti Perubatan Kebangsaan Kursk (KSMU) merupakan salah sebuah universiti yang tertua dan terbesar di bandar Kursk bahkan merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di seluruh Rusia.

Mengikut sejarah, Institut Perubatan Kursk ditubuhkan pada tahun 1935, kemudian dinaiktaraf sebagai universiti pada tahun 1994. Semenjak dari itu, terdapat lebih daripada 35,000 para doktor, ahli farmasi dan pekerja kesihatan yang lulus dari universiti ini.

Pada tahun 2013, sebanyak 8,036 pelajar yang telah dilatih di universiti ini. Sebanyak 5,498 mendapat pendidikan tinggi. Setiap tahun, terdapat seramai 1000 orang pemohon yang telah menjadi pelajar di 14 buah fakulti universiti ini.

Kampus universiti termasuklah 7 pusat latihan dan 6 buah asrama. Terdapat sebanyak 67 (57) buah jabatan di universiti. Sebanyak 752 orang pakar akademik yang merangkumi 115 D.Sc. dan 408 Ph.D.

KSMU mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dengan menggunakan kaedah pengajaran terkini dan sentiasa menambahbaik aspek kuliah, penggunaan komputer untuk latihan, pelbagai jenis alat ujian dan sebagainya. Tumpuan lebih diberikan kepada doktor praktikal, ahli farmasi dan pakar lainnya.

Pada tahun 2004, KSMU disenaraikan sebagai salah sebuah daripada 100 universiti terbaik di Rusia. KSMU mempunyai reputasi dan nama yang baik di peringkat antarabangsa. Ramai pelajar antarabangsa yang berminat untuk menuntut di KSMU. Universiti Perubatan merupakan universiti pertama yang mula mengajar dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 2013, terdapat seramai 1,573 pelajar asing daripada 47 buah negara seperti Malaysia, Nigeria, Brazil, Sri Lanka dll.

KSMU turut mempunyai perjanjian dan kerjasama dengan institut-institut perubatan terbaik di Ukraine, Belarus dan Kazakhstan. Universiti ini juga mempunyai pusat sains dan inovasi dan juga majlis saintis muda. Para graduan KSMU sentiasa mendapat permintaan daripada pelbagai bidang kesihatan, sains perubatan, perniagaan dan ekonomi.

KURSUS BAHASA RUSIA

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *