TENTANG RCSC

Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia (RCSC) telah mula beroperasi di Malaysia semenjak tahun 1981.

Pada awal penubuhan, RCSC dikenali sebagai Pusat Sains dan Kebudayaan Kesatuan Soviet.

Objektif utama RCSC adalah untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama di antara Rusia dan Malaysia khususnya dalam bidang sains, kebudayaan dan pendidikan.

Dasar kerjasama ini dapat dilihat menerusi perjanjian kerjasama kebudayaan dan saintifik di antara Kesatuan Soviet dan Malaysia sejak tahun 1972.

Di bawah perjanjian ini, kedua-dua belah pihak akan menjalankan pelbagai projek dan aktiviti yang mencakupi kebudayaan Rusia dan Malaysia juga melaksanakan bantuan kemanusiaan dan perkongsian pintar di antara negara.

RCSC terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur, 205, Lorong Ampang, off Jalan Ampang. Premis RCSC merupakan sebuah bungalow dua tingkat dengan keluasan 1065 meter.

RCSC melaksanakan pelbagai program untuk warga Kuala Lumpur dan para tetamu yang berkunjung ke ibu kota. Program-program yang dijalankan di RCSC atas dasar kejayaan dan pencapaian Rusia dalam bidang sains dan kebudayaan. Salah sebuah programnya termasuklah pembacaan buku dan puisi, pertemuan dengan para artis, pameran lukisan, pameran buku, pameran gambar, konsert, pertunjukan, persembahan, persidangan, seminar dan perbincangan.

RCSC turut memperkenalkan kursus bahasa Rusia kepada rakyat Malaysia dan warga asing. Selepas tamat kursus, mengikut kepada keputusan, anda akan menerima segulung sijil RCSC mengikut tahap kursus bahasa yang anda ikuti.

Beberapa buah pertubuhan dan persatuan yang berbeza dikhususkan untuk kanak-kanak dan pekerja bagi tujuan pembelajaran seni tari, lukisan, nyanyian dan sebagainya.

KURSUS BAHASA RUSIA

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *