Program Asasi Universiti Kejuruteraan Rusia

Program pra Universiti Kejuruteraan Rusia (Asasi Rusia) ialah 14 bulan (12 bulan di Malaysia + 2 bulan di Rusia) program persediaan bagi pelajar dengan akademik cemerlang yang berminat untuk menyambung pelajaran di Rusia. Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL MIAT) telah dipilih sebagai pusat utama bagi program asasi ini dengan penekanan konsep mengajar dan belajar mengikut kaedah Rusia. Program ini ialah program tajaan sendiri dan juga di bawah Program Pengembangan Bakat Muda (YTP)

Program pra Universiti Kejuruteraan Rusia ini telah bermula pada Julai 2005 dengan kedatangan kumpulan pertama yang terdiri daripada 12 orang. Mereka memulakan pelajaran pada tahun pertama di Institut Penerbangan Moscow (MAI) pada Julai 2006. Seramai 33 orang pelajar didaftarkan sebagai kumpulan kedua pada Julai 2006. 10 orang daripada pelajar-pelajar ini akan menyambung pembelajaran mereka di Universiti Marin Teknologi Kebangsaan (SMTU), St. Petersburg, Rusia dalam 2 fakulti:

Kejuruteraan Marin dan Arkitek Kelautan & Kejuruteraan Laut.

Struktur Program

Program pra Universiti Kejuruteraan Rusia (Asasi Rusia) ialah 14 bulan (12 bulan di Malaysia + 2 bulan di Rusia) program persediaan:

Di Malaysia

Pelajar yang dipilih oleh MARA berdasarkan Skim Pelajar Cemerlang akan mengikuti 12 bulan program persediaan (3 semester) di UniKL MIAT. Subjek-subjek yang akan diajar termasuklah bahasa Rusia, Fizik, Matematik, Maklumat, Lukisan Teknikal, Pengajian Islam dan Malaysia. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengesahkan Program pra Universiti Kejuruteraan Rusia yang dijalankan oleh pihak UniKL MIAT mengikuti kualiti piawaian dan kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi tersebut dan disahkan oleh MQA (NO Pendaftaran: A 7481)

Di Rusia
Selepas tamat program persediaan 12 bulan di UniKL MIAT, para pelajar akan menjalani 2 bulan kursus kebudayaan di Rusia. Di sinilah para pelajar akan mengikuti kursus bahasa Rusia, Matematik dan Fizik. Para pelajar juga akan diperkenalkan dengan gaya hidup Rusia selama dalam 2 bulan menjalani program ini.

Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit termasuk mata pelajaran Matematik dan Fizik atau kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pendaftaran menerusi laman sesawang MARA
Pengambilan pelajar akan dimaklumkan oleh MARA. – www.mara.gov.my

Bermula dari tahun 2007, pengiktirafan MQA adalah kekal kecuali dinyatakan sebaliknya. Semua pengktirafan kelayakan terletak kepada audit penyelenggaraan berkala bagi penambahbaikan yang berterusan. Sekiranya pengiktirafan ini dibatalkan. Kelayakan yang telah disahkan di bawah Lembaga Akreditasi Negara, LAN mempunyai masa selama 5 tahun.

Pengesahan status akreditasi program tidak akan dilakukan oleh pihak MQA. Penyataan bercetak sudah mencukupi bagi urusan-urusan yang berkaitan.

KURSUS BAHASA RUSIA

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *