Belajar bahasa Rusia di Kuala Lumpur
Pusat Sains & Kebudayaan Rusia menawarkan kursus bahasa Rusia kepada anda. Mempelajari bahasa Rusia boleh dikatakan mencabar tetapi sangat menyeronokkan. Anda pasti mampu bertutur dengan baik.
Kelas kami akan dijalankan oleh guru-guru pakar dan bertauliah. Setiap kelas terdiri daripada jumlah pelajar yang kecil supaya para guru dapat memberi tumpuan yang lebih kepada penguasaan tatabahasa dan melatih para pelajar menerusi perbualan.
Memandangkan kursus ini dijalankan oleh Pusat Sains & Kebudayaan Rusia (RCSC), oleh itu banyak cerita berkenaan budaya dan sejarah akan turut dimasukkan ke dalam pengajaran. Jadi jangan lupa untuk mendaftar! E-mel kami di @rcsckl@gmail.com atau hubungi di talian +60321444001.
Tahap kursus bahasa Rusia
TAHAP AWAL 1
Pengajaran berasaskan tatabahasa yang tertumpu kepada sebutan, pendengaran dan penulisan. Kursus asas ini akan menjadikan para pelajar lebih bersedia untuk mempelajari tahap yang lebih tinggi dan kompleks. Selepas tamat tahap ini, para pelajar mampu membaca dan menulis bahasa Rusia secara asas.
TAHAP AWAL 2
Bagi mereka yang telah menyelesaikan TAHAP AWAL 1, mereka akan mempelajari pula kosa kata dan akan lebih mampu menguasai tatabahasa di peringkat yang lebih tinggi.
TAHAP PERTENGAHAN
Kursus ini lebih menarik dan menyeronokkan bagi mereka yang telah lulus TAHAP AWAL. Kursus ini akan membuatkan para pelajar mampu mencipta atau membina ayat yang lebih kompleks dan bercakap dengan lebih fasih.
TAHAP TERTINGGI
Kursus tahap tertinggi ini akan membuatkan para pelajar menguasai bahasa Rusia dan mampu mencipta ayat dengan menggunakan format yang betul. Pada tahap ini juga, para pelajar akan merasa lebih berkeyakinan untuk bertutur dan mendengar bahasa Rusia dalam kaedah yang berbeza.
KOS KURSUS
RM 980 bagi setiap kursus (40 jam/10 minggu)
Para pelajar akan diberikan sijil rasmi Pusat Sains & Kebudayaan Rusia sebaik sahaja lulus semua peringkat.

3 Comments