Kursus Bahasa Rusia: finalis bagi pertandingan “Download Knowledge! 2020”

Perwakilan sekolah Rusia di Malaysia turut tercatat dalam senarai finalis pertandingan Guru-guru Antarabangsa! Tarikh 19 Mac 2020 merupakan tarikh keputusan peringkat pertama pertandingan kemahiran Pedagogi di antara guru-guru Sekolah Rusia di luar negara. Perwakilan Malaysia turut termasuk sebagai finalis bagi pertandingan Guru-guru Antarabangsa.
Tahun ini menyaksikan pertandingan tersebut telah menarik lebih daripada 220 orang guru daripada 40 buah negara di seluruh dunia – Amerika Latin, Afrika, Asia dan Eropah. 12 finalis pertandingan ini merupakan 26 orang guru daripada 14 buah negara: Azerbaijan, Armenia, Belarus, Mesir, India, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Malaysia, Mongolia, Palestin, Serbia, Uzbekistan, Estonia.
Roman Subbotin, guru bahasa Rusia di Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia (RCSC) di Malaysia turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan menjadi salah seorang finalis!
Objektif utama pertandingan ini ialah untuk meningkatkan hubungan sosial dan mutu profesionalisme para guru di sekolah Rusia yang terletak di luar negara. Di samping itu, ia juga untuk mengenal pasti, menyokong dan menggalakkan guru-guru bahasa Rusia di luar negara yang berkebolehan membina dan mempraktiskan kaedah pembelajaran menerusi ekonomi digital. Dalam pertandingan ini, para guru bertukar pengalaman dengan rakan sejawat mereka di negara-negara yang berbeza bagi berkongsi maklumat tentang kaedah dan cara latihan menerusi saluran teknologi digital.
“Download Knowledge!” merupakan sebuah pertandingan kemahiran Pedagogi antarabangsa yang dianjurkan Organisasi Rossotrudnichestvo buat kali kedua. Menurut rekod, tahun lepas terdapat sebanyak 102 permohonan yang telah dihantar kepada wakil pertandingan ini. Manakala sebanyak tiga orang guru yang berkhidmat di India, Turki dan Kazakhstan telah dipilih sebagai pemenang. Secara tradisinya, pertandingan akhir akan diadakan di ibu kota, Moscow.
Penganjur bersama pertandingan ini termasuklah: jawatankuasa Pendidikan dan Sains Majlis Duma, Persekutuan Rusia, jawatankuasa urusan CIS, Persepaduan Eurasia dan hubungan senegara Majlis Duma, Pusat Pencetakan, Universiti Pedagogi Negeri Moscow, Universiti Pedagogi Bandar Moscow, Insititut Negeri bahasa Rusia yang mengambil nama sempena A.S. Pushkin, Universiti online “Netologiya”, Muzium Perang Patriotik 1941-1945, pusat pendidikan “Tsaritsyno”. Apa yang lebih menarik lagi ialah, program pendidikan di Moscow turut dirancang khas kepada finalis, hadiah-hadiah turut disediakan seperti edisi ke-3 “Atlas of new professions.”
Tiga pemenang telah dipilih. Namun, menurut maklumat dan saranan rasmi dari pihak Rossotrudnichestvo, pertandingan peringkat terakhir dan penganugerahan kepada para pemenang akan dijalankan selepas jangkitan COVID-19 berakhir.
Masa dan tarikh penganugerahan akan dimaklumkan semula.
Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *